Assalamualaikum.

Semasa ambil keputusan untuk belajar melukis, saya sendiri pun tak tahu peralatan apa yang saya perlukan.

Saya tengok kat youtube semua artist guna iPad dan pen dia sekali.

Saya ingat nak beli juga, tapi bila fikir balik mana la tau kot-kot hangat-hangat tahi ayam je. Mahal juga iPad tu kalau akhirnya tak begitu dimanfaatkan.

Akhirnya saya ternampak stylus pen yang boleh digunakan pada mana-mana phone android.

Saya pun try beli satu.
Alhamdulillah, memang helok.
S Pen tu pun harganya hanya RM10 je.

App pula.
App apa nak download pun tak tahu juga.
Tanya adik bongsu, dia kata dia pakai app sketchbook.

Saya pun download sketchbook.
Alhamdulillah memang helok juga.

Phone pula saya cuma pakai Oppo yang mur mur je.

Buat permulaan ni kita pakai je apa yang ada.

Bila dah serius nanti bole la beli iPad.

Ini adalah tracing kedua saya.
Kali ni saya try trace elok².
Tapi tengok la tu.

Takpe².
Practice make perfect.