Assalamualaikum.

Nama saya Asma. 
Saya tak pandai melukis.
Tapi saya suka sangat lukisan.
Terutama yang jenis chibi dan kawaii.

Pada tahun 2022 ni saya nak belajar melukis.
Tapi bukan di kertas.
Saya nak lukis secara digital.

Blog Pensel Tubi ini saya dedikasikan sebagai platform dokumentasi perjalanan melukis saya dari zero to hero.

Ini adalah lukisan pertama saya.
Lukisan ini terjadi secara spontan kerana saya buka akaun instagram dan perlukan muka kat akaun tu.
Maka saya lukis la satu benda secara spontan, dan inilah bendanya.

Ya, saya tahu ia comel dan anda sudah mulai mencemburui bakat saya.

Semoga saya istiqomah melukis di blog ini.
Aaminnn..