Assalamualaikum.

Kenapa saya nak melukis?

Sebenarnya masa kecik² dulu saya pernah melukis.
Tapi lebih kepada meniru lukisan dari komik dan majalah.

Lukisan saya ok je, tapi ada la orang tu komen lukisan saya ni nampak tak macam betul.

Kucing tak nampak kucing.
Bear tak nampak bear.
Arnab tak nampak arnab.
Semua nampak macam monster.

Saya ketawa je tapi hati saya luka juga la.

Pastu saya belek² lukisan saya.
Dan saya pun bersetuju dengan dia.
Saya takde bakat dan buang masa je lukis-lukis tapi lukisan buruk.

Sebenarnya lukisan saya pelik sikit, nampak style macam Picasso. Tak betul kedudukan pancaindera.

Bab mewarna pulak saya suka buat shading yang melampau-lampau. Tak sedap mata memandang la kot.

Bila dah dewasa ni, saya tengok lukisan kat media sosial, banyak je lukisan yang biasa-biasa je, tapi mereka berani lukis dan berani post untuk tatapan umum.

Habis saya ni kenapa tak berani nak proceed hanya kerana ada orang tak suka lukisan saya?

Melukis ni kan untuk self enjoyment.
Tak perlu pun approval sapa².
Lukis je la macam-macam mana yang kita nak.
Enjoy the process, not the result.

Walaupun dah lama rancang nak melukis, baru sekarang saya bertindak untuk melukis.

Sebenarnya ini memang langkah besar bagi saya, kerana setiap kali saya nak start melukis, kata-kata orang tu terngiang-ngiang di telinga saya.

Semasa sedang melukis pun, kata-kata tu masih lagi berlegar-legar dalam fikiran.

Saya macam ada sedikit gigil kerana yakin lukisan yang bakal siap ni akan buruk dan memalukan.

Apapun, saya kene overcome saya punya fear ke, trauma ke saya pun tak tahu lah. Padahal melukis je pun..

Saya nak kembali melukis kerana saya nak menikmati semula kegembiraan melukis yang telah hilang sekian lama itu.

Sebelum pergi, ini adalah tracing anak ayam. Nampak better dari yang sebelum ni. Masih lagi shakey kan...